Macam-macam dunia sekarang ni. Dah masuk Islam keluar Islam balik. Ingat Islam ni Hotel ke? bole check in and check out sesuka hati jer… Paper hari ni (1/1/2008) memang mengejutkan aku. Memang kita dah besa dengar..tp tetap terkejut gak. Seorang minah ni memohon pengisytiharan keluar dr islam daripada Mahkamah Syariah setelah memeluk agama Islam pada 1998. Beliau yang telah memohon pengisytiharan itu dibuat tahun lalu masih lagi menunggu keputusan mahkamah.
Apa yang lebih mengejutkan islah pengakuan berani beliau yan mnyatakan bahawa sebenarnya sepanjang pemelukan (hehe) beliau terhadap agama Islam, beliau tidak pernah yakinpun dengan agama ni sebaliknya hanya mendaftarkan diri sebagai penganut agama Islam untuk legalise perkahwinan beliau ngn sorang mamat dari Iran yg beragama Islam pada tahun 04. Beliau gak kata, sepanjang memeluk agama islam ni, beliau masih menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging babi.
Beliau kata, beliau nak kuar dr agama ni selepas suaminya hilang dengan tiba tiba. (yan suami dia ni pun satu, nak kawin ngn bkn Islam, kononnya leh r nak ubah jd solehah, pastu tinggalkan plak…hmm… dahla kalau gagal mendidik isteri pakai tudung pun satu dosa, ni kan plak membiarkan isteri bergelumang dengan dosa kafir..isy3.. dosa besar ni, nauzubillah).
kita doakn smg beliau dan suami beliau dan semua yg ada hati dan niat serta yang sedang nak jd macam orangni diberikan hidayah dan petunjuk dr Allah. Kita doakan juga kita, ahli keluarga kita, dan keturunan kita dilindungi dari malapetaka yang dimuurka sebegini rupa.
