KAFIR, ISLAM, KAFIR,

Macam-macam dunia sekarang ni. Dah masuk Islam keluar Islam balik. Ingat Islam ni Hotel ke? bole check in and check out sesuka hati jer… Paper hari ni (1/1/2008) memang mengejutkan aku. Memang kita dah besa dengar..tp tetap terkejut gak. Seorang minah ni memohon pengisytiharan keluar dr islam daripada Mahkamah Syariah setelah memeluk agama Islam pada 1998. Beliau yang telah memohon pengisytiharan itu dibuat tahun lalu masih lagi menunggu keputusan mahkamah.

Apa yang lebih mengejutkan islah pengakuan berani beliau yan mnyatakan bahawa sebenarnya sepanjang pemelukan (hehe) beliau terhadap agama Islam, beliau tidak pernah yakinpun dengan agama ni sebaliknya hanya mendaftarkan diri sebagai penganut agama Islam untuk legalise perkahwinan beliau ngn sorang mamat dari Iran yg beragama Islam pada tahun 04. Beliau gak kata, sepanjang memeluk agama islam ni, beliau masih menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging babi.

Beliau kata, beliau nak kuar dr agama ni selepas suaminya hilang dengan tiba tiba. (yan suami dia ni pun satu, nak kawin ngn bkn Islam, kononnya leh r nak ubah jd solehah, pastu tinggalkan plak…hmm… dahla kalau gagal mendidik isteri pakai tudung pun satu dosa, ni kan plak membiarkan isteri bergelumang dengan dosa kafir..isy3.. dosa besar ni, nauzubillah).

kita doakn smg beliau dan suami beliau dan semua yg ada hati dan niat serta yang sedang nak jd macam orangni diberikan hidayah dan petunjuk dr Allah. Kita doakan juga kita, ahli keluarga kita, dan keturunan kita dilindungi dari malapetaka yang dimuurka sebegini rupa.

ROYAL DEBATE 2007

alhamdulillah, setelah bertungkus lumus, akhirnya pasukan UIAM telah dinobatkan sebagai juara pertandingan debat diraja-pertandingan yang dianggap paling berprestij dalah dunia perdebatan intervarsiti. Ucapan apresiasi kepada semua yang turun membantu, bermula dengan para penasihat, en khair dan Puan Mazlena, Ketua jurulatih (KJ) En. Madzlan, TKJ, para jurulatih, rakan2 pendebat dan lain2 yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.Kejayaan ini sememangnya memberikan impak yg cukup besar dalam keluarga KDBM UIAM kerana setelah 6 tahun membiarkan piala diraja ini berlegar2 di seluruh negara, akhirnya UIAM berjaya menguasainya kembali.Apa yang lebih membanggakan ialah UIAM telah hanya terlepas 1 daripada keseluruhan kategori yang dipertandingkan. Pasukan UIAM (team akula) telah menundukkan pasukan UM di pentas final untuk membawa pulang (tak bawak lagi pun) wang tunai RM5000 bersama piala pusingan dan hadiah iringan. semoga kejayaan ini dapat menaikkan semangat ahli KDBM untuk terus bersaing dan memberikan kejayaan kepada UIAM.

DEBAT KEFAHAMAN ISLAM – 8 JAN 2008

Pasukan UM dan USIM akan berentap di pentas final debat IKIM yang menawarkan hadiah berjumlah RM15000 untuk johan pertandingan. Manakala pasukan UIAM dan UTM akan menentukan tempat ke3 dan keempat pada hari yang sama kejohanan. Untuk rekod, UM merupakan johan bg pertandingan ini pada tahun 2005 dengan mengalahkan UIAM di pusingan akhir.

Untuk makluman, masa perlawanan adalah pukul 9.00 pagi ( ketiga keempat) dan 11.00 pagi ( grand finale). kalau silap harap maaf.

BENAZIR

pada 27 Dec 2007 melakar detik yang hitam dalam sejarah politik Pakistan. Ini bukan kali pertama insiden sebegini berlaku di Pakistan, pelbagai teknik dan cara telah digunakan untuk menggulingkan sesiapa sahaja yang tidak digemari. sabotaj, bom, tembak, hijack plane, dan lain2.

Kematian Benazir Butho adalah satu lagi tragedi. Tragedi ini akan kekal tanpa akhir seandainya kepimpinan dan politik di Pakistan tidak dibebaskan dari cengkaman huru hara dan penindasan. hak rakyat perlu dikembalikan.!